Pasport milik blogger Alvin Tan akan dibatalkan



Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan membatalkan pasport milik blogger Alvin Tan mengikut Akta Imigresen selewat-lewatnya minggu depan.


Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu perlu selepas lelaki itu lari daripada undang-undang negara ini kerana melakukan pelbagai kenyataan kontroversi membabitkan isu Islam dan perkauman.

"Semua harus maklum hak pemilikan pasport adalah milik negara bukannya individu justeru negara mempunyai kuasa untuk membatalkan dokumen perjalanan terbabit tanpa sebarang notis.

"Kita mungkin akan membuat tindakan itu secepat mungkin... mungkin Isnin ini (esok) mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen," katanya selepas pelancaran Skuad Taktikal Khas 3, Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.


Ditanya mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Alvin, beliau enggan mengulas lanjut sebaliknya mahu lelaki itu ditahan secepat mungkin.

0 Response to "Pasport milik blogger Alvin Tan akan dibatalkan"