Lelaki India Taja Orang Gajinya Menunaikan Umrah

MAJIKAN BERAGAMA HINDU HANTAR PEMBANTU RUMAH PERGI UMRAH
Semangat 1 Malaysia yang ditonjolkan oleh majikan bernama Manickam Letchuman ADUN Padang Jeram, Negeri sembilan yang menaja pembantu rumahnya sangatlah mulia. 


Hari ini saya telah menaja Pembantu Rumah saya yang bernama Pn. SAMA untuk menunaikan UMRAH di Tanah Suci Arab Saudi. Beliau telah berkhidmat sebagai pembantu di rumah saya sejak tahun 2002 iaitu selama 13 tahun.


Beliau yang kini berumur 47 tahun (13 tahun )adalah seorang yg bertanggungjawab dan amanah serta rajin dlm melaksanakan tugas. Walaupun beliau datang sebagai pembantu rumah tetapi kini beliau sudah menjadi sebagai seorang ahli keluarga saya. 


Sebenarnya saya telah berhasrat hendak menghantar beliau ke Saudi pada tahun 2011 tetapi oleh kerana ada masalah Visa ( pada ketika itu umur beliau bawah 45 dan utk ke Saudi perlukan Mahram ) saya telah tangguhkan sehingga ke tahun ini.


Walaupun saya sekeluarga beragama Hindu dan Vegetarian tetapi hak beliau sebagai seorang Islam sentiasa diberi keutamaan oleh seisi keluarga.


Beliau begitu gembira terus menitiskan air mata apabila saya maklum dua minggu lepas bahawa beliau akan ke Mekah dan Madinah utk menunaikan UMRAH melalui tajaan saya. Beliau telah ke Jakarta pada 29-12-2014 dan akan ke Jeddah Pd 24-11-2014. 



Satu Majlis TAHLIL dan bacaan DOA Selamat telah diadakan bersempena keberangkatan ke Mekah yang dipimpin Tn. Imam Haniff dari Masjid Rahmania Bahau dihadiri Kenalan Pn. SAMA seramai 12 orang.



Marilah kita sama-sama berdoa agar keinginan beliau sejak dahulu lagi untuk melangkah ke Tanah Suci Mekah dan seterusnya menunaikan UMRAH akan mendapat Restu Tuhan Yg Maha Kuasa.



''Ini adalah Rezeki beliau. Walaupun saya beragama Hindu, Saya berasa begitu gembira kerana Tuhan memberikan saya peluang untuk menaja Pembantu rumah sy Pn. SAMA ke Tanah Suci Mekah''katanya.

0 Response to "Lelaki India Taja Orang Gajinya Menunaikan Umrah"