Pasport Ditarik Balik. Alvin Dan Ali Terpaksa Pulang



JABATAN Imigresen Malaysia bukan sahaja membatalkan pasport antarabangsa blogger SEKS Alvin Tan sebaliknya turut menarik kembali pasport milik aktivis pembangkang yang telah melarikan diri ke Sweden, Ali Abd Jalil.

Memetik artikel disiarkan portal Rakyat Post, Jabatan Imigresen akan menghantar satu surat rasmi kepada Alvin dan Ali sebagai makluman berhubung penarikan balik pasport antarabangsa milik mereka yang akan dikeluarkan jabatan itu esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, perkara itu akan diwartakan menerusi akhbar-akhbar tempatan sebagai pemberitahuan umum berhubung langkah yang dilakukan.
Selain itu, satu Sijil Perakuan Cemas (EC) turut dikeluarkan kepada Alvin dan Ali melalui Pejabat Perwakilan Malaysia bagi membolehkan kedua-dua mereka pulang ke Malaysia.
“Dengan penarikan semula pasport antarabangsa berkenaan mereka berdua boleh dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara tempat mereka berada sekarang ini,” katanya.
Menurutnya lagi, kedua-dua individu ini disifatkan sebagai sudah tidak boleh ‘ditoleransi’ lagi kerana menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu.

0 Response to "Pasport Ditarik Balik. Alvin Dan Ali Terpaksa Pulang"