10 jam dibelasah 'suka-suka'


Kajang: Seorang lelaki yang diculik terpaksa menahan azab selama lebih 10 jam apabila dibelasah dan diseksa dengan besi, seterika panas dan kayu di sebuah pangsapuri di sini, minggu lalu.



Dalam kejadian jam 9 malam, 1 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Sani, 31, patah gigi, lebam muka dan badan selain terpaksa menjalani pembedahan tangan kiri akibat kejadian itu.


Bapa kepada empat anak itu mendakwa diculik oleh tiga lelaki ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah restoran berdekatan Taman Sungai Ramal, Kajang.


Menurutnya, sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer berhenti berdekatan restoran itu dan tiga lelaki yang keluar dari kereta berkenaan, mengarahkan dia masuk dalam kereta.


"Saya enggan tetapi mereka tetap membelasah saya dan memaksa saya masuk ke dalam kereta," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kajang, semalam.

0 Response to "10 jam dibelasah 'suka-suka'"