VIDEO: Lelaki Parah diserang 3 Ekor Singa Di Zoo Barcelona



Lelaki berusia 45 tahun dengan pakaian tentera itu didakwa memanjat pagar untuk memasuki kandang tersebut sebelum diserang singa yang cuba mengheretnya ke dalam sebuah terowong.
Mangsa bagaimanapun terlepas daripada maut apabila pasukan keselamatan zoo berjaya menyelamatkannya selepas mengharungi tempoh 30 minit untuk menakutkan singa-singa tersebut.
Tubuh badan lelaki itu terdapat kesan calar yang teruk selain luka akibat gigitan singa. Mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital de la Vall D’Hebron.
Lelaki yang dikenali sebagai Justo Jose MP itu sebelum ini dilaporkan pernah ditahan polis kerana terlibat dengan demonstrasi di bandar.
Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum mengetahui tujuan mangsa memasuki kandang singa terbabit.


0 Response to "VIDEO: Lelaki Parah diserang 3 Ekor Singa Di Zoo Barcelona"