Tak jadi ditelan anaconda



Los Angeles: Tindakan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) merakamkan aksinya 'ditelan hidup-hidup' seekor ular untuk aksi lagak ngeri televisyen kini ditertawakan selepas pasukan bantuan terpaksa menyelamatkan dia hanya selepas sebahagian kepalanya dibaham.
Dalam rakaman disiar Discovery Channel pada malam kelmarin, Paul Rosolie, 27, dan
10 pembantunya mengesan ular anaconda sepanjang enam meter di Sungai Amazon.
Berpakaian sut hitam dan dilumur dengan darah babi, Rosolie, 27, meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.
Tidak lama kemudian, seekor anaconda betina menerpa Rosolie sebelum melilit lelaki setinggi 1.7 meter itu.
Namun, ketika Rosolie mula berasa tangannya 'mula akan patah' akibat belitan itu, dia mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya.-Agensi

0 Response to "Tak jadi ditelan anaconda"