SAHABAT BAIK SI MONYET DAN SI ITIK KINI TIADA LAGI



Masihkah anda ingat akan gambar monyet dan itik ini? Gambar mesra antara dua ekor spesies yang berbeza ini pernah mendapat perhatian ramai di media sosial Facebook pada satu ketika dahulu. Kini mereka berdua telah terbunuh dalam satu kebakaran yang berlaku pada 1 Disember lalu ( Isnin).


Kebakaran yang berlaku di alamat No 495 Moo 1. Plutaluang. Sattahip, Chonburi, Thailand itu, telah menjadi titik pengakhiran antara mereka dua ekor. Persahabatan dan hubungan intim mereka hingga hujung nyawa.

Trailer Jualan, 44 tahun, pemilik rumah kayu papan itu berkata, " kebakaran itu berlaku dengan pantas sekali apabila api besar mula merebak." Namun, dia memberitahu sempat putuskan wayar eletrik bagi menghalang api daripada terus merebak lagi besar.

Si Itik dikatakan sedang mandi di dalam bilik air ketika kebakaran itu berlaku. Si itik tidak dapat meloloskan diri kerana terperangkap dengan nyalaan api. Lantas, sahabat baiknya Si Monyet yang ketika itu sedang memanjat pokok kelapa, bertindak nekad masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkannya. Tapi malangnya, mereka gagal keluar bersama.

Keadaan Michael dan Cotton yang kaku selepas menemui ajal.
Allah lebih menyayanginya apabila mereka berdua ditemui mati bersama di dalam bilik air akibat lemas dengan asap kebakaran. Pihak Bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk memadamkan api yang marak itu. Bagaimanapun, jasad Si Monyet dan Si Itik itu tidak dijilat api kerana mereka berada di kedudukan yang strategik. Selepas itu, hujan gerimis mulai turun seakan menangisi pemergian mereka berdua.


Orang ramai juga kelihatan sebak melihat tragedi yang menyayat hati itu. Lebih sebak lagi, tuan kepada dua ekor bintang itu yang memelihara sejak mereka lahir lagi.

Jasad mereka dikebumikan bersama-sama di bawah pohon kelapa.

0 Response to "SAHABAT BAIK SI MONYET DAN SI ITIK KINI TIADA LAGI"