Dr Mashitah beri Penjelasan Isu Ustaz/Ustazah Ekspress


Isu ustaz dan ustazah ekspress yang dibangkitkan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim ketika Perhimpunan Agung Umno 2014 yang lalu telah pun menjadi isu hangat. Salah seorang yang digelar ustazah ekspress iaitu Abby Abadi telah tampil menempelak kenyataan tersebut. Ramai yang menyokong kenyataan Abby Abadi dan mempersoalkan kewibawaan Dr Mashitah untuk bercakap dalam ini.
dr mashitah
Tidak mahu disalahertikan, Dr Mashitah telah tampil untuk menjelaskan maksud sebenar di sebalik ucapannya.. Kata Dr Mashitah:-

Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain. Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat.
Inilah antara punca masalah, apabila perkara asas dan penting dalam Islam dianggap remeh. Saya bangkitkan, eloklah kita elak berbincang masalah khilafiah kecuali mereka yang benar-benar layak iaitu ulama. Biarlah ulama bincang perkara-pekara khilafiah kerana mereka lebih pakar. Mereka yang tak berapa faham walaupun berkedudukan, janganlah ulas dan mengelirukan orang ramai.
abby abadi
Kalau ustaz/ustazah ekspress ini naik ke atas pentas dan berbicara mengenai penghijrahan mereka SAHAJA, memang tak ada masalah. Tapi kalau dah keluar hukum hakam, kafirkan orang sana sini, itu memang tak wajar. Alim ulamak yang dah belajar berpuluh tahun pun kena berbincang sesama mereka sebelum mengeluarkan sebarang hukum, inikan pula ustaz/ustazah ekspress ini. 

0 Response to " Dr Mashitah beri Penjelasan Isu Ustaz/Ustazah Ekspress"