13 kenderaan berlanggar



Kuala Pilah: Tiga sekeluarga nyaris maut dan cedera ringan dalam kemalangan membabitkan 13 kenderaan di Kilometer 23 Jalan Seremban-Kuala Pilah pagi tadi.



Kemalangan pada 11 pagi itu membabitkan dua lori tangki, lapan kereta dan masing-masing sebuah treler, bas ekspres dan lori satu tan.


Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah lori tangki muatan minyak sawit yang mengalami kerosakan pada bahagian brek merempuh kereta Perodua Myvi sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan kanan.


Katanya, lori berkenaan kemudiannya melanggar lori satu tan membawa muatan minyak hitam menyebabkan berlaku tumpahan di sisi jalan.


Difahamkan lori berkenaan terus bergerak dan merempuh sebuah treler kosong yang berhenti kerana pembinaan jalan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan treler berkenaan menggelongsor ke depan dan melanggar pula sebuah lori tangki muatan minyak sawit di hadapan," katanya.

Sementara itu, kenderaan lain yang terbabit kemalangan itu pula melanggar bahagian belakang antara satu sama lain.


Sementara itu, Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah Penolong Kanan Penguasa Bomba Jaafar Yusof berkata, pihak menerima panggilan jam 11.09 pagi dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan.


Kemalangan ini turut menyebabkan kesesakan 15 Km di kedua-dua arah dan orang ramai dinasihatkan elak menggunakan laluan ini.

Related Posts :

  • Anggota Polis Parah Dirempuh Seremban: Seorang anggota polis parah dan seorang lagi cedera di muka selepas kereta peronda (MPV) dinaiki dirempuh sebuah kenderaan di… Read More...
  • Terbunuh depan adik Tapah: Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tapah, di sini, maut apabila motosikal ditunggangnya terbab… Read More...
  • Wanita warga emas diseret peragut Port Dickson: "Kami terkejut apabila mendengar jeritan dan mendapati seorang wanita warga emas diseret oleh dua lelaki yang menaiki motos… Read More...
  • Roti kembang tekak Georgetown: Sebuah premis membuat roti benggali yang popular di negeri ini beroperasi di Jalan Datuk Keramat diarah tutup selama 14 hari … Read More...
  • Ajal tiga beranak Dungun: Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan kayu balak di Kilomet… Read More...

0 Response to "13 kenderaan berlanggar"