Empat pelajar kemalangan di Mesir


Photo: Duta Besar Malaysia di Mesir, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari, berkata Muhammad Syafiq mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang. Kini berada di ICU Hospital Universiti Zagazig. 
*** Keluarga Muhammad Syafiq sudah berada di Mesir. Klik dan baca http://ow.ly/Bab2P 

Kami di Harian Metro mendoakan agar Muhammad Syafiq segera pulih
Seorang penuntut Perubatan Universiti Zagazig di Mesir cedera parah selepas tayar teksi dinaiki mereka meletup dan terbabas di Jalan Bilbis, Kaherah, manakala tiga rakannya mengalami kecederaan ringan dan ditahan di wad Hospital Universiti Zagazig.

Dalam kejadian jam 4 petang (waktu Malaysia) Muhammad Syafiq Abdullah Hashim, Muhammad Miftahuddin Sufiyan,Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar yang menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum kenderaan dinaiki terbabit kemalangan. 

Duta Besar Malaysia di Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, Muhammad Syafiq mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. 
Foto
Menurutnya, sehingga kini dia masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bernafas menggunakan alat bantuan. Keluarganya dijangka tiba dua hari lagi untuk melihat keadaan mangsa.



Sumber: Hmetro

1 Response to "Empat pelajar kemalangan di Mesir"