Jawab UPSR sebelah mata

Foto

“Dia tetap mahu menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) walaupun menggunakan sebelah mata selepas mata kanannya cedera,” kata Che Yusof Che Jamal, 57, bapa Khairi Aminuddin Che Yusof, 12, yang cedera di muka, badan dan kaki akibat kemalangan di Kampung Telari, Manir, di sini, kelmarin.

Bapa 10 anak itu berkata, kejadian jam 6.45 petang itu dipercayai berlaku selepas anak bongsunya menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Banggol Peradong, di sini. 

Malang, katanya, setiba di Kampung Telari, motosikal ditunggang anaknya itu bertembung kereta Proton Waja dipandu penduduk kampung terbabit menyebabkan anaknya cedera di muka, badan dan kaki. 

Menurutnya, akibat kejadian itu, mukanya terjejas teruk dan mata kanannya sukar dibuka kerana kulit mata yang cedera bengkak.

“Meskipun hanya dapat menggunakan mata kiri, dia masih mahu meneruskan peperiksaan UPSR dan ingin menjawabnya di wad hospital.

“Melihat semangatnya, saya berbincang dengan doktor dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong mengenai hajat anak itu,” katanya di Wad Pembedahan Lelaki HSNZ, di sini, semalam. 

Sumber:>> metro

0 Response to "Jawab UPSR sebelah mata"