Ini Soal Keselamatan – Nora Danish Respon Isu R0g0l

Alahai, susahnya jadi orang cantik, nak-nak kalau public figure. Kadang-kadang sampai ada yang mengganggu dan mengancam keselamatan selebriti tau. Eeee, bila fikir, jadi takut pula.

Akhirnya, Nora beri juga penjelasan mengenai perkara tersebut dan Nora sudahpun melaporkan perkara tersebut pada pihak berkuasa.

Menurut laporan Berita Harian sebentar tadi, Nora berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut, namun, mengakui bukan senang baginya untuk melayan kerenah semua pengikut Instagramnya.

Saya tak mahu komen panjang mengenai hal ini. Tapi bukan senang untuk saya layan kerenah pengikut di laman ini.

Ada bahayanya juga jika kita memuat naik gambar di mana kita berada kerana ramai stalker. Ini soal keselamatan dan saya tak boleh ambil mudah.

Betul cakap Nora, nak panjangkan lebih-lebih pun tak guna kan? Baik serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selanjutnya.

Haihh, susah betul bergelar wanita bernama Nora Danish. Lagi ramai pengikut, lagi ramai pula yang meroyan tak tentu pasal. Sabarlah Nora. Mungkin dah sampai masa Nora berkahwin kot, eh!?

Bukan apa, bila dah berkahwin, fitnah pun kurang, orang pun akan mula berhenti bercakap perkara bukan-bukan, tak gitu? Jangan marah haa Nora.

Sumber www.ohbulan.com

1 Response to "Ini Soal Keselamatan – Nora Danish Respon Isu R0g0l"

Kerja Kosong said...

HOT !! PEMINAT TEGUR ZAQUAN MUAT NAIK GAMBAR AYU MENYUSU ANAK
www.mediahub.com.my/peminat-tegur-zaquan-muat.html