Kerana mulut badan binasa. Pepatah yang sesuai bagi seorang penyelia tapak pembinaan yang dipenjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam menggunakan Facebook, Jun lalu.
Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga menamakan nama 'Chow Jack' membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Chow dilihat menangis di dalam kandang tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu Facebook dan menghantar komen bersifat jelik di https://www.facebook.com/cpm/chow.jack.982 (yang telah dipadam) dengan niat menyakitkan orang lain.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu Facebook dan menghantar komen bersifat jelik di https://www.facebook.com/cpm/chow.jack.982 (yang telah dipadam) dengan niat menyakitkan orang lain.
Chow didakwa melakukan perbuatan itu di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, di sini, pada jam 10.30 pagi 12 Jun lalu.
Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber : Hmetro
2 Responses to "Dipenjara Ekoran Penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dan Islam "
HOT !! PEMINAT TEGUR ZAQUAN MUAT NAIK GAMBAR AYU MENYUSU ANAK
www.mediahub.com.my/peminat-tegur-zaquan-muat.html
alaa... yg ni kene cekup abiz yg hina agama lain tu?? ade bt tindakan x? SANGAT2 X ADIL!!
Post a Comment