Tahniah diucapkan buat Nurul Syuhada Nurul Ain pengacara tv3 yang dikenali ramai yang kini telah selamat melahirkan bayi kembar melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi.
Menerusi panggilan telefon dari studio memaklumkan yang beliau sudah selamat melahirkan anak kembar semalam. Pengacara sambilan ini dan suaminya, Raja Amir Shah Raja Azwa dikurniakan seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki. Wah sepasang lelaki dan perempuan.
Proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi dan manakala seorang lagi melalui proses pembedahan.
“Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya,“ begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon, lapor My Artis hari ini.
Sumber: Rotikaya
0 Response to "Nurul Syuhada Nurul Ain Selamat Lahirkan Anak Kembar "
Post a Comment