Countryman Edisi 55



Sempena ulang tahun ke-55, MINI Malaysia memper­kenalkan MINI COUNTRYMAN Edisi 55 yang dicipta khas sempena ulang tahun kemerdekaan untuk pasaran tempatan. Menariknya Countryman ini hanya dikeluarkan sebanyak 55 unit sahaja.

Edisi khas yang hanya dikeluarkan sebanyak 55 unit itu sudah pastinya hadir dengan ciri unik selepas diserapkan imej klasik seperti garisan bumbung, jeriji radiator heksagon, lampu besar ditetapkan ke dalam bonet dan gerbang roda luas
Bagi membezakan dengan varian biasa, wajahnya diserikan pelekat berjalur di bonet hadapan dan sisi, selain dilengkapi logo Edisi 55 pada jerijinya SERTA padanan rim aloi ringan 16 inci 5-Bintang.

Ruang kabinnya disempurnakan suasana warna hitam yang turut menawarkan sistem hiburan pemain audio dengan Bluetooth boleh disambung telefon pintar.
Foto

Ciri teknologi terkininya masih lagi premium apabila dilengkapi ciri standard seperti pengesan hujan dan kawalan cahaya memandu automatik.

Selaras dengan janji untuk menyediakan pemandu dengan keseronokan, ia dijanakan enjin 1.6 yang mampu menghasilkan output maksimum 120 kuasa kuda (hp) yang membolehkan kereta memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam 11.6 saat, manakala tahap penggunaan bahan api purata mencatat 7.6 liter bagi setiap 100 kilometer. 

Sementara itu, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, sempena meraikan ulang tahun ke-55 di seluruh dunia, kereta itu juga mempunyai sejarah penting bagi negara ini.

“Malaysia menjadi ‘rumah’ kami selepas bertapak lebih daripada 10 tahun di sini dan mahu meraikan sokongan setia pelanggan MINI di negara ini dengan memperkenalkan model berkenaan.

“Sebelum ini, kereta itu bermula dengan satu konsep yang mudah tetapi bijak yang dicipta oleh Alec Issigonis dengan menawarkan gaya pemanduan berkualiti dan turut menjadi ikon di seluruh dunia, malah di negara ini,” katanya.

MINI COUNTRYMAN Edisi 55 ditawarkan pelbagai warna membabitkan merah, biru, kelabu, putih dan ‘brilliant copper’. 

Ia dijual pada harga RM188,888 dan ditawarkan dengan MINI Service Inclusive selama tiga tahun.

0 Response to "Countryman Edisi 55"