Hancur Di Gilis Kereta - Kemalangan di Taman Connaught



Mengerikan apabila seorang lelaki mati digilis sebelum mayatnya diseret hampir 100 meter menyebabkan badan mangsa hancur berhampiran Taman Connaught, Cheras, semalam.


Dalam kejadian jam 1.25 pagi itu, mangsa yang berusia 30-an dirempuh ketika melintas jalan di Lebuh raya Timur Barat dari Bandar Tun Razak menghala ke Cheras di sini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa bagaimanapun dirempuh kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 30 tahun.

“Mangsa yang dirempuh terperosok di bawah kereta itu sebelum terseret lebih kurang 100 meter (m). Akibatnya badan mangsa hancur dan berteraburan di atas jalan.

“Pada masa sama sebuah kereta Honda dipandu lelaki berusia 44 tahun yang berada di belakang kereta wanita itu tidak sempat mengelak lalu menggilis mangsa sekali lagi,” katanya, semalam.





Sumber: OHmedia

Related Posts :

  • Kerang naik darat Dungun: Rezeki musim hujan. Itu yang berlaku di Pantai Pantai Rhu Muda, Marang dan Pantai Sura Hujung Dungun, di sini, apabila orang ramai… Read More...
  • Penunggang Maut Digilis Treler Serdang: Mengerikan apabila seorang penunggang motosikal berkecai kepalanya selepas digilis treler berhampiran plaza Tol Sungai Besi … Read More...
  • Tiga terbunuh, 14 cedera Sri Aman: Tiga pekerja terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan lombong arang batu di Selantik, Pantu Sri Aman, di sini, 10.20 … Read More...
  • 13 penuntut sesat Seremban: Seramai 13 penuntut Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seremban, sesat di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau s… Read More...
  • ‘Mereka benci’ Pendang: “Sehingga kini, saya masih trauma akibat dibelasah bekas suami bersama ahli keluarganya walaupun kejadian itu sudah empat bulan … Read More...

0 Response to "Hancur Di Gilis Kereta - Kemalangan di Taman Connaught"