Georgetown: Seorang guru wanita di sebuah sekolah swasta, di sini, mendakwa kerugian hampir RM100,000 selepas identitinya ‘dicuri’ dan digunakan peminjam hantu untuk membuat kad pengenalan, surat beranak SERTA pinjaman daripada beberapa institusi kewangan sejak April lalu selepas lesen memandunya hilang.
Mangsa, Nurul Asilah Mohamed Sultan, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas mendapati wang tunai RM100 yang berada di dalam akaun simpanannya hilang dan semakan mendapati kad pengeluaran wang automatik (ATM) digunakan pihak lain untuk membuat transaksi pengeluaran tanpa kebenaran.
Beliau berkata, selepas aduan dan semakan dibuat termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan pihak bank, dia dimaklumkan seorang wanita dipercayai melakukan pengeluaran menggunakan kad ATM miliknya di sebuah bank di Bukit Jambul, di sini, hujung April, sedangkan ketika itu tiada transaksi pengeluaran dilakukannya.
Menurutnya, bermula daripada kehilangan RM100 itu, dia berjaya membongkar beberapa perkara lain dan mengesyaki ada pihak mencuri identitinya termasuk membuat permohonan kad ATM yang baru dan membuat penukaran nombor pin, menyebabkan dia membuat laporan polis.
Menurutnya, bermula daripada kehilangan RM100 itu, dia berjaya membongkar beberapa perkara lain dan mengesyaki ada pihak mencuri identitinya termasuk membuat permohonan kad ATM yang baru dan membuat penukaran nombor pin, menyebabkan dia membuat laporan polis.
“Saya turut membuat aduan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyekat identiti digunakan orang lain dan diberi jaminan pihak berkenaan akan mengambil tindakan dan siasatan segera berhubung kejadian itu.
Sumber: Metro
0 Response to "Identiti dicuri ‘peminjam hantu’"
Post a Comment