Sebelum ini, kisah van putih mendapat perhatian di laman social namun senyap tanpa sebarang khabar berita tentang kesahihannya. Kali ini, sekali lagi van putih berani dalam cubaan menculik kanak kanak.
Setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai di sini, jantung Rahayah Bul, 42, berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.
Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.
Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.
“Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.
0 Response to "Culik depan mata ibu"
Post a Comment