NAMPAKNYA, bukan manusia sahaja yang mengalami kecelaruan identiti, sebaliknya ia turut dialami oleh seekor ayam jantan di Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu.
Apa tidaknya, ayam jantan bernama Jali milik Jamsyaril Sawal Aziz, 30, itu telah mengambil alih tugas ayam betina untuk mengeramkan telur.
Memetik laporan Harian Metro, Jali yang berusia dua tahun itu dibelinya daripada seorang kenalan di Marang sejak setahun lalu
Menyifatkan ia seperti cerita jenaka dan tidak masuk akal, Jamsyaril berkata, Jali sudah hampir dua minggu mengeram dan ia menarik perhatian ramai rakan dan penternak ayam yang lain untuk melihat sendiri aksi ayam jantan itu.
Dek kerana itu, empat daripada lima telur yang dieramkan oleh Jali pecah kerana berasa terganggu dengan kehadiran orang ramai.
Pada masa yang sama, ayam betina yang sepatutnya mengeram di dalam reban itu juga dilihat menjauhi Jali yang kemaruk mengeram sehingga sanggup mematuk sesiapa sahaja yang mengganggunya.
Mengulas perkara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Negeri Terengganu, Hamid Salleh berkata, sikap ayam jantan itu mungkin didorong oleh faktor usia yang terlalu tua dan nyanyuk.
Beliau turut menjelaskan bahawa telur tersebut tidak akan menetas dan akan rosak begitu sahaja.
Ha, memang pelik bukan?
Tapi, walau macam mana si ayam ini cuba melanggar fitrah alam, ia tetap tidak dapat melawan apa yang telah diatur oleh-Nya.
Agaknya kalau perangai Jali ini diterjemahkan kepada perangai manusia, mungkin ia layak dipanggil ‘ayam gay’…
Sumber mynewshub.cc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ayam Jantan ‘Gay’ Dan Celaru Identiti Di Terengganu"
Post a Comment