45 minit terperangkap dalam kereta

Foto
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hampir lemas selepas terperangkap lebih 45 minit dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di sini, malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam, kanak-kanak terbabit bersama bapanya berusia awal 30-an ke sebuah stesen minyak di sekitar pekan ini untuk mengisi minyak kereta sebelum kejadian. 

Sumber berkata, ketika tiba di stesen minyak berkenaan, lelaki terbabit kemudian keluar ke kaunter bayaran meninggalkan anaknya bersendirian di dalam kereta yang dimatikan enjin. 

"Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit menyedari penggera keretanya berbunyi dan serentak dengan itu semua pintu terkunci secara automatik," kata sumber itu di tempat kejadian.

Pegawai Operasi JPAM Daerah Jasin Sarjan Mejar (PA) Muhamad Alif Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.50 malam daripada orang awam lalu bergegas ke tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Cermin tingkap belakang sebelah kiri terpaksa dipecahkan selepas mendapat keizinan bapa mangsa demi nyawa anaknya yang dapat diselamatkan pada jam 9.15 malam," katanya di sini, malam tadi. 



Sumber: Metro

0 Response to "45 minit terperangkap dalam kereta"