Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi bertindak biadab apabila mengoyak notis saman diterima sebelum mencampakkan kertas itu ke arah anggota polis yang menahannya di Jalan Genting menghala Ulu Yam di sini.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, suspek berusia 23 tahun didapati melakukan kesalahan mengubah suai kenderaan tanpa kelulusan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Superintendan Bon Jeen Ahrom berkata, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Kawasaki turut menghambur kata-kata kesat kepada anggota polis bertugas.
“Sejurus mengoyakkan kertas saman itu, lelaki terbabit terus memecut motosikalnya sebelum berpatah balik disebabkan tertinggal MyKad dan lesen.
“Sejurus mengoyakkan kertas saman itu, lelaki terbabit terus memecut motosikalnya sebelum berpatah balik disebabkan tertinggal MyKad dan lesen.
“Ketika itulah suspek diberkas sebelum diarah menjalani ujian air kencing. Hasil ujian mendapati suspek positif mengambil dadah ganja,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk siasatan lanjut.
“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an di kawasan sama selepas mendapati memandu kereta curi.
“Hasil semakan mendapati suspek adalah penjenayah dikehendaki. Kereta curi Proton Wira dipandu suspek turut dihantar ke IPD Hulu Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak 1,036 saman dikeluarkan di empat lokasi berasingan di Terminal Bas Genting, Jalan Gombak menuju susur Genting, Jalan Genting ke Genting Sempah dan Jalan Genting menuju ke Ulu Yam.
“Saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, tamat tempoh cukai jalan dan mengubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
“Operasi turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Puspakom dan Pasukan Polis Bantuan,” katanya.
Sumber: Hmetro
1 Response to "Koyak saman baling polis"
WAJIB BACA !!!
Kisah Benar Kahwin Mudah, Halal, Elak Maksiat.
Anak-anak muda di luar sana patut baca & elakkan dari bercouple tanpa nikah ni. Baca cerita ni --> www.mymediahub.com.my/kisah-benar-kahwin-mudah-halal-elak.html
SENSASI !!
Kenapa Ada Beza Kelas Wira Mh17 VS Perwira Lahad Datu?
Kenapa begitu hebatnya kerajaan menyanjung ketibaan mangsa pesawat MH17? Kenapa tidak kepada suami kami yang terkorban semasa pertempuran di Lahad Datu dulu? Adakah mangsa pesawat MH17 lebih ‘PERWIRA’ dari suami kami?Baca kisah penuh di --> www.mymediahub.com.my/kenapa-ada-beza-kelas-wira-mh17-vs.html
Kuala Lumpur: Usia mereka hanya 10 tahun. Tapi, luahan hati terhadap penderitaan penduduk Gaza menerusi surat dalam Bahasa Inggeris amat mengagumkan.
Memang menyentuh perasaan. Baca isi kandungan surat ini --> www.hmetro.com.my/si-kecil-selami-derita-Gaza.html
Budak sekolah sekarang memang macam-macam hal. Entah kenapa budak sekolah zaman sekarang ni macam tak sabar-sabar nak kawin. Dah la macam tu, tak malu pula buat aksi-aksi macam laki bini dekat kawasan terang. Tengok gambar ni --> www.mediahub.com.my
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.
Berita penuh --> www.sinarharian.com.my/bimbang-gambar-bogel-tersebar.html
.
Post a Comment