Lagi Babak Drama Fail!! Doktor Baca X-Ray Terbalik

Sebelum ini kami ada siarkan tentang kesilapan kontuiniti dalam drama Cinta Ibadah yang ditayangkan di Astro, dua hari lalu.

Dalam gambar petikan salah satu babak drama tersebut, pelakon Raja Ilya kelihatan sedang beremosi bercakap menerusi telefon bimbit yang dipegangnya terbalik.

Secara logiknya anda tidak akan dapat mendengar suara orang jika telefon bimbit dipegang seperti ini maka ia boleh mengendurkan mood penonton yang rasa ditipu hidup-hidup.

Hari ini pula seorang pembaca, Ane Rahman berkongsi dengan kami satu lagi kesilapan kontuiniti yang dikesan dalam drama Kusinero Cinta yang ditayang di Maya HD.
Pada satu babak doktor dalam drama tersebut dikesan meletakkan filem x-ray dada pesakit secara terbalik untuk paparan di dinding. Sesungguhnya dalam dunia realiti, tidak ada doktor sebenar yang akan membaca dan menganalisis x-ray secara terbalik begitu!

Maka kesilapan ini sangat memalukan dan menunjukkan sikap cincai pihak produksi terlibat.
Memang betul filem Hollywood pun ada kesilapan kontuiniti tapi apa salahnya produksi kita lebih cermat dan buat research secukupnya sebelum bikin drama atau filem kan?
Menerusi cara ini mereka akan terlatih untuk bekerja secara profesional dan menerbitkan karya lebih mantap dari masa ke semasa untuk penonton Malaysia. 

Sumber mynewshub.cc

0 Response to "Lagi Babak Drama Fail!! Doktor Baca X-Ray Terbalik"