Remaja perempuan maut digilis lori



Ajal maut tak mengenal tempat dan masa. Andai dah sampai waktu, tiada siapa mampu menduganya. Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), Krubong di sini semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu Syazwani Salleh, 19, maut selepas terjatuh dari motosikal dan dilenyek tayar belakang lori dipandu lelaki berusia 46 tahun. 
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, ketika kejadian mangsa membonceng motosikal ditunggang rakannya Muhammad Faiz Md ISA, 19, dari arah lampu isyarat Lebuh SPA Batu Berendam ke Lebuh SPA Krubung. 

"Sebaik tiba di lokasi sebuah lori dari arah sama yang cuba membelok ke kiri dipercayai menghimpit motosikal itu yang berada di laluan kiri dan berlaku pergeseran.

"Ia mengakibatkan penunggang dan pembonceng jatuh sebelum mangsa dilenyek tayar belakang lori SERTA mati di lokasi, manakala penunggang parah di kaki kanan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Sumber: Metro

0 Response to "Remaja perempuan maut digilis lori"