Marudi: Penduduk rumah panjang berdekatan Kem Siang TRADING di sini, gempar apabila seorang lelaki hilang selepas dipercayai dibaham buaya ketika sedang mandi di Sungai Karap, awal malam ini.
Dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa Ramlee Tagalan, 26, dikatakan sedang mandi bersama beberapa penduduk rumah panjang lain sebelum dia disyaki disambar reptilia sepanjang enam meter itu.
Sehingga lewat malam ini, Ramlee masih gagal dikesan oleh penduduk kampung yang menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Marudi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.51 malam memaklumkan kehilangan seorang penduduk rumah panjang berkenaan.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat tidak dilakukan serta merta berikutan berikutan keadaan gelap selain perjalanan jauh mengambil masa hampir dua jam untuk sampai ke tempat kejadian.
"Buat masa sekarang pasukan penyelamat sedang berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi bagi mengatur operasi mencari mangsa yang dijangka dilaksanakan seawal-awalnya pagi esok," katanya ketika dihubungi, malam ini.
0 Response to "Dibaham buaya enam meter"
Post a Comment