Bayi dibunuh kerana Menangis

Photo: BUNUH TAK HENTI MENANGIS 

Melaka, 2 Sept - Kanak- kanak malang berusia dua tahun yang rangkanya ditemui ditanam di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bayan, Bukit Katil, di sini, kelmarin, dipercayai dibunuh hanya kerana tidak berhenti menangis. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, suspek lelaki berusia 25 tahun yang juga kekasih ibu mangsa bertindak menekup mulut kanak-kanak lelaki itu dengan tangan sehingga lemas. 

"Siasatan awal mendapati suspek mengaku berbuat demikian selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis, namun kami masih menyiasat sama ada perbuatan berkenaan disengajakan atau sebaliknya. 

"Kami juga mengesyaki suspek mungkin panik selepas mendapati mangsa tidak bernyawa sebelum bertindak menanam mayat di belakang rumah yang disewa bersama wanita berusia 24 tahun awal tahun ini," katanya ketika dihubungi. 
 
Sumber: Harian Metro
Kanak-kanak malang berusia dua tahun yang rangkanya ditemui ditanam di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bayan, Bukit Katil, di sini, kelmarin, dipercayai dibunuh hanya kerana tidak berhenti menangis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, suspek lelaki berusia 25 tahun yang juga kekasih ibu mangsa bertindak menekup mulut kanak-kanak lelaki itu dengan tangan sehingga lemas.
“Siasatan awal mendapati suspek mengaku berbuat demikian selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis, namun kami masih menyiasat sama ada perbuatan berkenaan disengajakan atau sebaliknya.
“Kami juga mengesyaki suspek mungkin panik selepas mendapati mangsa tidak bernyawa sebelum bertindak menanam mayat di belakang rumah yang disewa bersama wanita berusia 24 tahun awal tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Akhbar ini semalam melaporkan, satu rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki mangsa bunuh ditemui ditanam di belakang sebuah rumah teres di Taman Bayan, di sini.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, rangka kanak-kanak lelaki itu ditemui berbalut dengan kain batik yang ditanam pada kedalaman 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat.
Penemuan itu susulan penahanan ke atas sepasang kekasih dalam satu serbuan di sebuah rumah di Muar, Johor jam 2 pagi hari sama.
Mengulas lanjut, Razali berkata, rangka itu dihantar ke Jabatan Kimia di Johor Bahru, Johor untuk analisis lanjut dan sekiranya perlu ia akan dihantar ke jabatan sama di Petaling Jaya, Selangor bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Pada masa sama, kita masih menyoal siasat saksi kejadian selain mengenalpasti pemilik rumah teres yang menyewakannya kepada pasangan terbabit bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, pendakwaan kes akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas kertas siasatan siap dan dihantar kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.