Wanita disamun ditikam 4 kali

Tidak cukup begnya dirampas, seorang wanita cedera parah apabila ditikam sebanyak empat kali di tangan dan paha kanannya dalam satu kejadian samun di depan sebuah kedai borong di bandar ini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa, Ching Bi Lai, 59, parah selepas ditikam dengan objek tajam sebaik keluar dari kedai berkenaan yang menjual telur secara borong. 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, sebelum kejadian, mangsa meletakkan keretanya di depan premis berkenaan di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu untuk membeli telur. 

“Sebaik selesai urus niaga, wanita berkenaan masuk semula ke dalam keretanya dan terus menghidupkan enjin. Ketika hendak menutup pintu kereta, mangsa melihat ada sebuah kereta TOYOTA Vios berwarna putih menghampiri dan seorang lelaki tidak dikenali keluar dari kereta berkenaan serta berjalan menuju ke arahnya.
Foto
“Tanpa diduga, suspek terus menikam bahagian atas tangan mangsa sebanyak dua kali disusuli paha kanan, juga sebanyak dua kali menggunakan objek tajam,” kata mangsa kepada pemberita.

Sumber: Metro

0 Response to "Wanita disamun ditikam 4 kali"