Kanak Kanak terperangkap dalam kereta

Foto

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperangkap hampir sejam dalam pacuan empat roda bapanya yang terkunci secara automatik di stesen minyak di Durian Tunggal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, Akid Aisy Mohd Alamin ditinggalkan di dalam TOYOTAHilux bapanya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa dihidupkan sebelum pintu terkunci menyebabkan anak sulung daripada dua beradik itu terperangkap. 
Kanak-kanak itu bagaimanapun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang memecahkan cermin kenderaan selepas terperangkap hampir sejam. 

Bapa mangsa, Mohd Alamin Ramli, 28, berkata, dia bersama anak sulungnya itu dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Kuala Terengganu atas urusan perniagaan.

“Saya bersama anak sulung menaiki TOYOTA Hilux manakala isteri bersama anak bongsu menaiki kereta berasingan. Sebaik tiba di stesen minyak, saya memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengisi minyak Honda City dipandu isteri.

0 Response to "Kanak Kanak terperangkap dalam kereta"