Hanya mata selamat

Foto

Seorang pemilik bengkel motosikal bagaikan mengetahui ajalnya hampir tiba apabila sempat mendaftar sebagai penderma organ sebelum maut digilis bas, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam, mangsa, Leong Chee Min, 44, yang menunggang motosikal dari arah Pandan Indah menuju ke Cheras terlanggar belakang sebuah kenderaan mengakibatkan mangsa tercampak sebelum dirempuh sebuah bas dan motosikal. 

Abang mangsa, Leong Chee Hong, 50, berkata, kejadian nahas itu amat menyedihkan, namun mereka gembira kerana hajat mangsa untuk menderma organ tercapai. 

Menurutnya, sebelum ini, mereka enam beradik memang sepakat untuk mendermakan organ sekiranya ada di antara mereka mati dahulu.

“Adiknya itu pernah menyatakan hasrat untuk mendermakan semua organ miliknya, tetapi doktor mengesahkan hanya organ mata sahaja yang masih boleh digunakan kerana semua organ lain rosak dalam kemalangan itu.

0 Response to "Hanya mata selamat"