Impian Faizal Ismail Bergelar Pengacara Akademi Fantasia Tercapai

Pengacara yang sebelum ini menggalas tugas sebagai penyampai radio di Hot FM Faizal Ismail (FBI) telah memberitahu bahawa dia bagaikan bermimpi apabila ditawarkan untuk mengacarakan program Akademi Fantasia kerana sebelum ini dia pernah memberitahu isterinya bahawa mahu juga menjadi pengacara AF suatu hari nanti.

“Saya pernah meluahkan secara bergurau kepada isteri suatu ketika dahulu sekiranya saya mahu menjadi salah seorang pengacara AF dan saya tidak menyangka sekali apabila peluang tersebut telah menjadi reality,” katanya sambil tersenyum.

Dia yang sangat menyanjungi Datuk Aznil Nawawi dalam mengacarakan program tersebut tidak dapat lagi dinafikan olehnya, kerana beliau (Datuk Aznil) ialah pelopor dan sudah sinonim dengan Akademi Fantasia. Faizal turut berharap agar peminat-peminat di luar sana dapat menerimanya bergandingan bersama Zizan untuk mengacarakan program AF musim ini.

“Saya berharap peminat-peminat dapat menerima saya yang digandingkan bersama Zizan. Insha Allah saya akan lakukan yang terbaik,” katanya lagi. 

Sumber www.rotikaya.com

0 Response to "Impian Faizal Ismail Bergelar Pengacara Akademi Fantasia Tercapai"