Penjual ikan maut ditetak

Foto

Batu Pahat: Seorang penjual ikan maut manakala adiknya parah akibat ditetak dan dilibas menggunakan pedang samurai pendek dipercayai selepas disamun, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, kedua-dua mangsa yang tinggal di Jalan Pasar disini, disedari maut dan parah apabila orang ramai terdengar jeritan mereka.
Difahamkan, mangsa Yeo Thiam Ser,71 maut ditempat kejadian dengan beberapa kesan libasan di bahagian belakang badan manakala adiknya, Yeo Thiam Yue,69, parah ditetak di kepala.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Kami sedang menyiasat daripada pelbagai aspek bagi mengenalpasti motif kejadian ini sehingga kini sudah berjaya mengesan suspek yang terbabit.
" Suspek juga dipercayai adalah penagih dadah dan gerakan mencari sedang giat dijalankan,"katanya.


Sumber: Hmetro

0 Response to "Penjual ikan maut ditetak"