Alif Satar selamat diijab kabul


KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Alif Satar akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, di sini pada Isnin.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi.

Sha Dila diwalikan oleh bapanya Halid Mohamad.


Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 24, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM19,000.


Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah telekung, cincin, mas kawin, sirih junjung dan kek.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah cincin, jam tangan, sirih junjung, baju kemeja, minyak wangi, kek dan coklat.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada 20 September ini di Marina, Putrajaya.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 14 Januari lalu.


sumber: Mstar

0 Response to "Alif Satar selamat diijab kabul"