Sujud terakhir

Foto

Ledang: Seorang bekas penggali kubur meninggal dunia ketika solat maghrib berjemaah di Surau Al-Nasirin, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, Abu Othman, 73, yang terpaksa solat duduk dipercayai kerana kurang sihat, tidak bangkit selepas sujud pada rakaat pertama. 
Arwah kemudian dikatakan menggelongsor hingga terbaring pada rakaat kedua sebelum jemaah memberikan bantuan sebaik selesai solat.

Pasukan paramedik yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian, mengesahkan lelaki itu meninggal dunia.

Arwah meninggalkan balu, Asiah Sabtu, 69, sembilan anak, 39 cucu dan 4 cicit selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Rajawali kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Al Fatihah.

Sumber: Metro

0 Response to "Sujud terakhir"