Bangkok: Seorang siswa universiti berasa bertuah kerana berjaya membida nombor plat kenderaan ‘hanya’ 25 juta baht (RM2.5 juta) walaupun menyediakan peruntukan sehingga 50 juta baht bagi mendapatkannya.
Siswa jurusan undang-undang di Universiti Assumption, Thanapat Tuntisevekul, semalam menerima plat bernombor 1 Kor Kor 1111 itu daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Darat, sekali gus mencatat rekod bidaan tertinggi sejak amalan melelong diperkenalkan pada 2003.
Thanapat turut dibenarkan mencipta sendiri rekaan untuk nombor plat berkenaan dan memilih tajuk “Lapan Kuda di Sungai Permata” yang dipercayai menjamin tuah, kemakmuran dan keselamatan kereta berkenaan.
Dengan harga sebegitu, nilai plat berkenan mempunyai nilai 52 kali ganda daripada kereta Nissan Almera yang akan menggunakannya.
Dengan harga sebegitu, nilai plat berkenan mempunyai nilai 52 kali ganda daripada kereta Nissan Almera yang akan menggunakannya.
Kereta model itu biasanya berharga hanya 480,000 baht (RM48,000) di Thailand.
Hak ke atas nombor 1 Kor Kor 1111 itu boleh dipindahkan melalui jualan atau diwariskan kepada individu yang dipersetujui.
Thanapat juga dikenali sebagai James berkata, dia ditawarkan sebanyak 33 juta baht (RM3.3 juta) untuk nombor plat berkenaan namun menolaknya kerana jumlah dibayarnya tidaklah terlalu mahal.
“Keluarga saya sedia membayar 50 juta baht (RM5 juta) untuk plat ini,” katanya.
Menurut Thanapat, keluarganya mempunyai perniagaan hartanah.
Tambahnya, dia sekeluarga juga gembira wang itu akan digunakan untuk tujuan yang baik iaitu sebahagian daripada dana bagi mempromosikan keselamatan jalan raya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengangkutan Darat Asdsathai Rattanadilok Na PHUKET berkata wang itu akan diserahkan kepada Dana Keselamatan Jalan untuk menjalankan kempen mengurangkan kadar kemalangan selain meningkatkan kesedaran mengenai cara pemanduan selamat.
Setakat ini lebih 320 juta baht (RM3.2 juta) berjaya dikumpulkan untuk dana berkenaan sejak bidaan seumpama itu diadakan, 11 tahun lalu.
Rekod bidaan tertinggi sebelum ini adalah untuk nombor plet Yor Ying Yor Ying 9999 iaitu 11 juta baht (RM1.1 juta). - Agensi
0 Response to "1 Kor Kor 1111 RM2.5 juta"
Post a Comment