Ratusan Kepala Ular Misteri Ditemui Di Singapura

Ratusan Kepala Ular Misteri Ditemui Di Singapura

Seorang nelayan baru-baru ini telah menemui sejenis makhluk aneh seperti rambut ular yang biasa kita lihat dalam cerita dongeng di Pulau Sentosa, Singapura.
Nelayan yang mahu dikenali dengan nama Ong Han Boon mendakwa dirinya kerap ke lokasi penangkapan ikan kegemarannya bagi aktiviti memancing ikan dengan harapan memperoleh hasil yang lumayan.
Ketika sedang menunggu pukatnya dipenuhi tangkapan, dia dikejutkan dengan pergerakan pada pukatnya. Tidak cukup dengan itu, sebaik menarik pukatnya keluar dari air dia begitu terkejut dengan apa yang dilihatnya iaitu hampir 100 ekor seperti kepala ular bergerak-gerak.
Akan tetapi, makhluk seperti ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Sehubungan itu, Han Boon berkongsi video makhluk aneh itu dengan harapan ada pihak yang akan tampil memaklumkan apa sebenarnya yang masuk ke pukatnya itu.

Malah, Han Boon menyatakan dia juga sudah bertanyakan kawan-kawannya tetapi tiada sesiapa yang tahu, manakala pencarian menerusi Internet juga belum mendapat sebarang jawapan. 




0 Response to "Ratusan Kepala Ular Misteri Ditemui Di Singapura"