(10 Gambar) Penyokong Anwar Ibrahim Rempuh Pintu UM

7

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) telah bertindak ganas dengan merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan “buka, buka” dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.
6
Kemudian, mereka berhentikan berarak ke Dewan Tunku Canselor kira-kira 200 meter dari pintu pagar bagi menunggu ketibaan Anwar Ibrahim.
Kira-kira jam 9.40 malam Anwar bersama keluarganya sampai dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan mereka mula berarak ke Dewan Tunku Canselor.
5
Hujan rintik-rintik mereka berkumpul di situ memandangkan pihak keselamatan kampus menutup pintu masuk ke kampus perdana untuk sebarang lalu lintas.
Pentadbiran kampus berkenaan tidak membenarkan pidato anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya itu kerana tiada permohonan dibuat.

3

3
Antara pemimpin yang dilihat hadir MP Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sean bersama beberapa penyokong PKR menaiki sebuah kereta dan memasang sistem audio.
Turut kelihatan ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling, ADUN Rawang Gan Pei Nie, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shahrin, aktivis siswa Safwan Anang dan pensyarah Dr Azmi Sharom sebagai pemantau.
2
Mahasiswa dan penyokong Anwar turut melaungkan “student power” dan “hidup rakyat” sambil meminta pihak keselamatan membuka pintu pagar.
Ini kerana kelihatan sekumpulan pelajar dilarang meninggalkan kawasan kampus menyebabkan siswa yang di luar pintu pagar melaungkan:
“Lepaskan mereka, mereka juga mahu bersama dengan kami,” kata mereka.
1


0 Response to "(10 Gambar) Penyokong Anwar Ibrahim Rempuh Pintu UM"