Kemasukan Semula Seorang Pelajar AF2014 Bukan Menggunakan AFMASUK Tetapi AFSERAP



Kemasukan semula salah seorang daripada 7 pelajar Akademi Fantasia yang telah tersingkir kali ini tidak akan menggunakan mekanism AFMASUK seperti yang sering digunakan dalam AF sebelum ini. Kali ini pemilihan pelajar yang bertuah akan menggunakan AFSERAP, di mana tenaga pengajar dan pihak fakulti yang akan membuat keputusan. Ini satu langkah yang amat bagus kerana pastinya pihak tenaga pengajar lebih mengetahui pelajar mana yang lebih berbakat.
afserap af2014


Berita baik ini telah diumumkan oleh Datuk Hattan, pengetua AF2014 menerusi rancangan MELETOP semalam. Kata Datuk Hattan:-
Kita tidak akan ada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.
Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka
hattan
Rata rata ramai yang kecewa apabila Adel terkeluar dan diharapkan Adel diserapkan kembali. . Sumber Murai.

0 Response to "Kemasukan Semula Seorang Pelajar AF2014 Bukan Menggunakan AFMASUK Tetapi AFSERAP"