SSM : PENIAGA ONLINE PERLU PAPAR NAMA & NO SYARIKAT, DENDA RM5000 JIKA GAGAL



Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.




Sebenarnya, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.

Sekiranya anda sudah mempunyai syarikat yang berdaftar tetapi tidak tahu dimana sepatutnya nama dan nombor syarikat anda diletak, berikut adalah cara yang betul(mengikut SSM) untuk meletakkan maklumat tersebut di Facebook Page anda. Anda hanya perlu meletakkan maklumat-maklumat tersebut di dalam ruangan "About" seperti di dalam gambar dibawah.


Sekiranya anda belum mendaftar, dinasihatkan supaya mendaftar dengan segera kerana harganya bukanlah mahal mana pun, hanya RM60 bagi satu tahun bagi perniagaan kecil-kecilan.

0 Response to "SSM : PENIAGA ONLINE PERLU PAPAR NAMA & NO SYARIKAT, DENDA RM5000 JIKA GAGAL"