Foto Nabil, Viral Di Singapura

nabil

Nabil Ahmad makin lama makin laku kan, tambah-tambah lagi dalam dunia pengacaraan. Jumaat lalu, Nabil telah menjadi pengacara untuk Anugerah Planet Muzik (APM2014) yang diadakan di Singapura.
Secara keseluruhan boleh dikatakan berjaya juga la Nabil mengacara anugerah itu dengan lawak-lawak yang mencuit hati.
Tapi yang menjadi perhatian ialah mengenai foto dirinya yang dimuatnaik oleh seorang deejay Singapura sekaligus mendapat pujian ramai.
Foto itu menunjukkan Nabil sebelum acara atau majlis anugerah itu berlangsung yang menjadi viral di Singapura dimana Nabil sedang menunaikan solat.
nabil
Daripada pihak gosip artis malaysia, kami ucapkan tahniah kerana berjaya membawa diri ke mana sahaja tanpa melupakan yang Maha Esa.
Kewajipan sebagai seorang hamba-Nya sememangnya tidak harus dilupakan walau siapa diri kita, pangkat kita, berapa banyak harta kita dan Nabil berjaya menjalankan tanggungjawabnya meskipun sibuk dengan tugasan.

Sumber : Gosipmalaysia

0 Response to "Foto Nabil, Viral Di Singapura"