Tahukah Anda Tentang Kewujudan Hutan Berhantu Lokasi Popular 'BUNUH DIRI'



Tidak seperti hutan biasa, Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun ini dikatakan punyai rekod dan sejarahnya yang tersendiri. Menurut sumber daripada penduduk tempatan, hutan tersebut dijadikan lokasi terkenal bagi individu yang ingin membunuh diri. Ia terjadi selepas penerbitan novel Kuroi Jukai pada tahun 1960 iaitu novel percintaan yang mengisahkan sepasang kekasih membunuh diri di hutan tersebut, menjadikan lokasi tersebut popular bagi individu yang mempunyai tujuan yang sama. Dilaporkan lebih kurang 50 hingga 100 orang membunuh diri dalam setahun dengan menggunakan pelbagai cara di hutan tersebut. Hutan tersebut dikatakan ‘menyimpan’ begitu banyak mayat atau rangka manusia.




Keadaan itu bagaikan memberi peluang kepada kumpulan kongsi gelap Yakuza. Kumpulan ini akan mengupah pengemis atau gelandangan masuk ke hutan untuk mengambil barangan berharga yang ada pada individu yang mati di situ. Selain menerima kunjungan daripada individu yang bertujuan membunuh diri, hutan yang terkenal ini turut menerima kehadiran pelawat atau pengembara yang ingin merasai dan mengetahui misteri yang menyelubungi hutan tersebut. Lebih dari itu, antara objek lain yang ditemui adalah nota-nota ucapan selamat tinggal atau surat terakhir, menerangkan punca mereka mengambil jalan mengakhiri nyawa masing-masing.


Antara yang pernah dijumpai pengunjung yang memasuki hutan tersebut termasuklah mayat tergantung pada dahan atau batang pokok, tersepit di celah pokok atau rangka manusia di lantai hutan. Memetik sumber dari pada Wikipedia, hutan Aokigahara terletak di bahagian barat laut Pergunungan Fiji dengan keluasan 35 kilometer persegi. Keadaan hutannya begitu tebal sehingga mampu menyekat laluan angin, menjadikan suasana hutan tenang dan sepi. Tiada pemantauan ketat dilakukan untuk menghalang mana-mana individu masuk ke hutan tersebut bagi membunuh diri...!!!



Ia kerana lokasinya yang agak jauh daripada petempatan dan keadaan hutannya yang begitu tebal, gelap licin dan menakutkan, sekali gus menjadikan kawalan hutan adalah sesuatu yang mustahil dilakukan! Pada kebiasaannya pihak berkuasa akan melakukan ‘pembersihan’ mayat sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun. Sehingga kini, hutan tersebut masih kekal terpelihara kehijauannya dan masih ada individu memasuki hutan tersebut untuk tujuan membunuh diri. Antara nama lain hutan Aokigahara adalah Suicide Forest atau ‘Hutan Berhantu’.-AP

0 Response to "Tahukah Anda Tentang Kewujudan Hutan Berhantu Lokasi Popular 'BUNUH DIRI' "