Misteri Kucing Yang Berwarna Hijau Di BULGARIA Akhirnya Terbongkar






BULGARIA – Penduduk di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal, Varna dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing sesat yang berwarna hijau, yang berkeliaran di bandar tersebut...


Ia menyebabkan penduduk di situ berasa marah kerana menyangka kucing itu menjadi mangsa perbuatan kejam individu yang mewarnakannya dengan warna hijau....

Susulan itu, penduduk di kawasan berkenaan telah menubuhkan akaun Facebook yang dipanggil `hukuman kepada dalang yang melakukan perbuatan jenayah’ dalam usaha mencari pihak yang bertanggungjawab itu...

Namun akhirnya kisah sebenar kucing itu berwarna hijau telah didedahkan....

Rupa-rupanya kucing berkenaan bertukar hijau kerana ia sering tidur di dalam timbunan cat hijau sintetik dalam sebuah garaj....

Ia disokong dengan laporan bahawa kucing berkenaan menjadi semakin hijau setiap hari....

Persatuan Diraja Pencegahan Penganiayaan Binatang (RSPCA) sebelum ini memberi amaran bahawa mewarna atau mengecat binatang bagi tujuan kosmestik hanya akan menyebabkan haiwan berkenaan berpotensi menemui ajal..

0 Response to "Misteri Kucing Yang Berwarna Hijau Di BULGARIA Akhirnya Terbongkar"