Susulan dari isu ikan Tilapia diberi bangkai babi yang menjadi viral di internet baru-baru ini, Jabatan Perikanan Negeri Perak dan beberapa agensi lain sudah menyerbu dan mengambil sampel ikan dari kolam tersebut untuk disiasat.
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Peark, Dr Bah Piyah Tan berkata, enam ekor ikan tilapia dan enam ekor ikan baung diambil dari kolam tersebut untuk dianalisis
“Sampel yang kita ambil akan dianalisis dan dihantar ke Jabatan Kimia. Kita akan beritahu hasilnya selepas keputusan diterima,” katanya, semalam memetik laporan dari Sinar Harian.
Sementara itu, Adun Kubu Gajah, Hasbullah Alias yang turut sama dalam operasi tersebut berkata terdapat enam kolam ikan ternakan tilapia dikawasan terbabit. Dan jika didapati dakwaan(memberi bangkai babi) itu benar, tindakan akan diambil oleh pemilik kolam tersebut.
Kolam-kolam itu juga dilaporkan tidak didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan.
Ketika serbuan dijalankan, tiada bukti yang menunjukkan ikan di dalam kolam itu diberi makan bangkai babi.
“Pelampung yang terdapat di tengah-tengah kolam seperti dalam gambar dipaparkan dalam Facebook juga tidak ada lagi hari ini. Mungkin ia telah dialihkan oleh pemilik kolam,” kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin mengulas tentang perkara tersebut.
Tetapi seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, kira-kira jam 10 pagi Ahad lepas, dia dan tiga rakannya menyaksikan sendiri ikan-ikan di kolam itu diberi makan bangkai babi.
“Saya lihat sendiri di depan mata dengan jarak kira-kira 10 meter dan saya cuba untuk mengambil gambar sebagai bukti,” katanya.
Menurut saksi itu, pemilik kolam itu mungkin telah membersihkan kolam ikannya setelah gambar-gambar tersebut tersebar.
“Sebab itu kita tidak menemui apa-apa dalam serbuan ini. Malah saya sendiri turun ke dalam kolam untuk menangkap beberapa ekor ikan untuk diuji oleh Jabatan Perikanan.
“Apa pun kita serahkan kepada jabatan yang berkenaan untuk membuat analisa dan penyelidikan terlebih dahulu untuk membuktikannya,” katanya.
Pemilik kolam bagaimanapun menafikan dakwaan memberi makan babi kepada ikan-ikannya seperti mana yang tersebar di internet. Menurut pemilik kolam itu, dia hanya memberi bangkai kambing dan ayam kepada ikan-ikan tersebut setiap hari. - Siakapkeli.com.my

0 Response to "Isu Tilapia Diberi Bangkai Babi : Sampel Ikan Sudah Diambil Untuk Dianalisis"
Post a Comment