Taufik Batisah Kahwin Gadis Singapura??

Bekas juri Maharaja Lawak Mega 2014, Muhammad Taufik bin Batisah, bakal naik ke jenjang pelamin pada bulan depan.

Difahamkan, penyanyi Melayu berusia 33 tahun hasil kacukan Bugis dan India tempatan yang lebih mesra disebut Taufik Batisah itu, akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis pilihan sendiri dari Singapura.
Menurut agensi rakaman beliau Hype Records, kad jemputan perkahwinan Taufik atau juga popular dikenali sebagai Fique di Singapura, bakal dihantar kepada ramai tetamu selain saudara mara bermula pada minggu depan.
Sebelum ini, terdapat desas desus mengaitkan penyanyi dan penulis lagu popular itu dengan aktres Malaysia, Nur Fazura Sharifuddin – kedua-dua ahli panel juri bagi pertandingan komedi Maharaja Lawak Mega terbitan Astro.
Bagaimanapun berita yang disiarkan stesen penyiaran Singapura, Channel NewAsia tidak menjelaskan butiran terperinci majlis perkahwinan Taufik yang juga bekas graduan Singapore Polytechnic sebelum bergelar artis.
Pemenang Anugerah Planet Muzik 2006, 2007, 2008, 2009, 2012 dan 2014 dikenali menerusi lagu #Awak Kat Mane gara-gara insiden penjaga gol Singapura ‘hilang’ pada satu perlawanan Piala AFF Suzuki tahun lalu.

0 Response to "Taufik Batisah Kahwin Gadis Singapura??"