Erin Malek Sah Hamil Anak Kembar !



Semalam, kami ada menyiarkan artikel perihal teka-teki yang mengatakan Erin Malek sedang hamil cahaya mata sulung hasil perkongsian hidupnya bersama Farriz Fauzy.


Ternyata benar, apabila berita gembira itu disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat Erin malam tadi.
Apa yang lebih menggembirakan, pelakon yang berusia 21 tahun ini dikhabarkan sedang mengandung anak kembar.
Pastinya, detik-detik ini paling dinanti-nanti Erin selepas hampir lima bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pilihan hatinya, Farriz.
Menerusi laporan Astro Gempak semalam, pelakon Miziku Kuza ini hanya berkongsi berita baik ini kepada kenalan yang terdekat.
Dia yang merupakan pernah menjuarai Fear Factor musim kedua telah selamat bernikah dengan Farriz pada 10 Oktober lalu selepas hampir sembilan bulan berkenalan.
Semoga Erin lebih menjaga kesihatan diri buat bayi kembar yang dikandungnya kini.

0 Response to "Erin Malek Sah Hamil Anak Kembar !"