Siapa Kata Rumah Kampung Tak Boleh Deko?






SIAPA tak suka rumah yang dihias indah dengan susun atur yang kemas bukan?

Meskipun begitu, boleh dikatakan jarang sekali dapat dilihat rumah kampung didekorasi dengan tema dan warna tertentu.
Mungkin, ramai yang lebih gemar mengekalkan rekaan rumah warisan tinggalan keluarga.
Namun kami cukup tertarik dengan kecomelan dekorasi sebuah rumah kampung yang dikhabarkan terletak di negeri Perak.
Bayangkan, menjengah ke dalam rumah ini boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa seolah-olah berada dalam dunia fantasi.
Mana tidaknya, pemilik rumah memilih untuk menata rias kediamannya itu dengan bermacam-macam aksesori kartun Hello Kitty.
Setelah diselidik, rupa-rupanya rumah kampung ini adalah rumah yang dijadikan sebagaihomestay.
Apa pun, kami kagum dengn idea unik pemilik bagi menarik perhatian pengunjung. Nampak rare dan sangat sweet!

0 Response to "Siapa Kata Rumah Kampung Tak Boleh Deko?"