Sejarah Selfie Yang Dibongkarkan

Sejarah Selfie Yang Dibongkarkan. Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas bangunan di New York.

Rasa sekarang musim orang berselfie kan ? Yang lagi menarik sekarang orang selfie menggunakan monopod. Korang tahu tak agak agak siapa yang mula mula selfie? Jom baca tentang Sejarah Selfie Yang Dibongkarkan ...


Sejarah Selfie Yang Dibongkarkan. Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas bangunan di New York.
Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York.
Joe Byron merupakan pemilik syarikat Byron telah merakam gambar itu bersama empat rakannya iaitu Pirie MacDonald , Kolonel Marceau , Pop Teras dan Ben Falk.
Mereka berempat merupakan pasukan jurugambar di Manhattan yang telah merakam ratusan ribu gambar.
Gambar selfie kumpulan jurugambar itu telah ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk tatapan orang ramai.
Menerusi gambar itu juga, Joe dikesan sebagai jurugambar pertama yang telah merakamkan gambar sendiri yang kini menjadi satu kegilaan di kalangan pemilik akaun sosial Instagram.
Bagaimanapun terdapat sumber yang percaya bahawa gambar selfie pertama dirakam pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius.

0 Response to "Sejarah Selfie Yang Dibongkarkan"