Padah Dirogol tiga hari berturut-turut !!




TINDAKAN berani seorang remaja perempuan berusia 15 tahun keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali membawa padah apabila dirogol lelaki terbabit bersama-sama tiga lagi rakan lelaki itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku selama tiga hari berturut-turut bermula 18 Mac lalu di rumah sewa salah seorang suspek di Manir, Kuala Terengganu pada jam 11.45 malam.
Menurut sumber, gadis itu pada mulanya keluar bertemu janji dengan rakan lelaki berusia 18 tahun itu sebelum dirogol di rumah sewa terbabit.
“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.
“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang suspek lain yang juga berusia 18 tahun.
“Mangsa mendakwa ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” kata sumber itu lagi memetik Sinar Harian.
Sehari lepas kejadian itu, rakan lelakinya mengugut mahu menyebarkan video perbuatan seks itu sekiranya mangsa enggan berjumpa dengannya lagi.
Takut dengan ugutan itu, mangsa sekali berjumpa suspek sebelum sekali lagi dirogol oleh suspek dan rakan suspek yang berusia 16 tahun di lokasi sama, pagi Jumaat lalu.
Mangsa akhirnya menceritakan perbuatan suspek dan rakan-rakannya kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis.
Kesemua empat suspek telah berjaya ditahan pada Jumaat lalu di sekitar Manir untuk diambil tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

0 Response to "Padah Dirogol tiga hari berturut-turut !!"