Ferrari Kuning Milik Zizan Razak Kemalangan?


zizankemalanganOK


Sudah menjadi lumrah menjadi selebriti, tidak kira dimana saja mereka berada pasti ada dugaaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi.

Setelah dihimpit dengan pelbagai kontroversi yang lalu, terbaru satu lagi dugaaan terpaksa ditelan oleh Zizan yang dikatakan telah terlibat dengan kemalangan kecil.
Mengikut sumber, Zizan telah terlibat dengan kemalangan ketika memandu kereta Ferrari kuning miliknya ketika di Putrajaya.
Sebelum kejadian tersebut berlaku, sebuah foto telah dimuat naik oleh pengarah Ghaz Abu Bakar di laman Instagram menunjukkan mereka baru selesai melakukan penggambaran bagi filem terbaru berjudul Angin Cinta.
Beberapa jam selepas berita tersebut diterima, akhirnya Zizan telah memuat naik foto dengan kapsyen “ Salam semua…saya OK..heheh” dan berada di dalam keadaan yang baik serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Perkara tersebut telah mendapat pelbagai respond daripada peminat yang lega dengan status tersebut dan ada diantara mereka yang menasihatinya agar lebih berhati-hati di jalan raya.

0 Response to "Ferrari Kuning Milik Zizan Razak Kemalangan?"