Pelakon, Datuk Rosyam Nor Terbabit Dalam Kemalangan



Pelakon dan penerbit terkenal tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berhampiran dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada malam Rabu.


Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam dimana kenderaan yang dinaiki beliau iaitu kereta jenis Peugeot terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan ekoran daripada hujan lebat.

"Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.

"Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya.

Dalam pada itu Rosyam berkata, kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.

"Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan," katanya.

Sehubungan itu Rosyam berkata, satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu.

0 Response to "Pelakon, Datuk Rosyam Nor Terbabit Dalam Kemalangan"