Eksklusif: Foto Majlis Resepsi Perkahwinan Aeril Zafrel & Wawa Zainal




Pada hari Sabtu yang lalu, sebuah majlis persandingan yang cukup meriah telah diadakan buat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK) bersempena dengan festival tersebut.

Dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ahmad Fakhruddin Attar, pasangan ini tidak berpeluang untuk mengadakan majlis bersanding sehinggalah ditawarkan oleh pihak Malaysian International Wedding Festival apabila Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi duta mereka.

Berita yang mengatakan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal bersanding selepas hampir tiga tahun bernikah mendapat reaksi positif ramai yang tidak pernah lagi melihat pasangan ini bersanding di atas pelamin apatah lagi mengenakan busana indah pengantin. Segak dan Cantik! 

Sumber: Rotikaya

0 Response to "Eksklusif: Foto Majlis Resepsi Perkahwinan Aeril Zafrel & Wawa Zainal"