Ganjaran BUNUH Karikatur yang mencetuskan Kemarahan Umat Islam bernilai AS$100,000 (RM361,890)



Padah melakukan sesuatu tanpa memikirkan akibatnya. Seorang kartunis Sweden, Lars Vilks kini bertarung untuk menyelamatkan nyawanya apabila beberapa pihak meletakkan ganjaran sebanyak  AS$100,000 (RM361,890) untuk membunuhnya. 

Vilks juga menerima banyak ugutan bunuh, manakala rumahnya dibaling bom api sehingga dia terpaksa diberikan kawalan 24 jam oleh polis.
Ganjaran tersebut dibuat apabila Lars Viks melukis karikatur Nabi Muhammad yang membangkitkan kemarahan orang ramai. Agak menyedihkan apabila lukisannya dilihat menghina agama Islam dan Nabi Muhammad. 

Lars Vik mendakwa dia melukis kartun Nabi Muhammad bukan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.
Bagaimanapun, sikap karikatur biadap itu sebelum ini telah menyebabkan dia menerima ugutan bunuh daripada beberapa kumpulan Islam selain dipercayai menjadi punca berlakunya serangan di ibu kota Denmark, Copenhagen pada Sabtu lalu.
Menurut Vilks, tindakannya bertujuan untuk mencabar aspek politik dalam dunia seni.
“Sebelum ini ramai berpendapat tiada sempadan atau batas dalam seni. Lukisan itu membuktikan sebaliknya,” kata Vilks.
Pelukis itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia terlalu dangkal kerana gagal menjangkakan kesan buruk daripada perbuatan tersebut.
“Saya melukis karikatur ini terhad untuk satu acara tempatan,” ujarnya.
Karikatur biadap itu mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam selepas hasil karyanya tersiar dalam beberapa buah akhbar.

Beberapa individu yang merancang untuk membunuhnya telah dihantar ke penjara termasuk seorang wanita dikenali sebagai Jihad Jane.

Serangan pada Sabtu lalu oleh seorang lelaki dikenali sebagai Omar El-Hussein di Copenhagen itu menyebabkan dua terbunuh. Vilks terselamat selepas disembunyikan di dalam sebuah bilik sejuk.
Dia berada di Copenhagen untuk menghadiri satu dialog sempena ulang tahun ke-25 Iran mengeluarkan fatwa bunuh terhadap penulis Britain, Salman Rushdie. – Reuters

0 Response to "Ganjaran BUNUH Karikatur yang mencetuskan Kemarahan Umat Islam bernilai AS$100,000 (RM361,890)"